• About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • Versi Mobile
  • Contact
Ema Pos
  • Beranda

Iklan

Home » Kuliner » Unik » Kelly Athena Sosok Wanita YAng Makan Dari Beberapa Tong Sampah

Kelly Athena Sosok Wanita YAng Makan Dari Beberapa Tong Sampah

Kelly Athena , CEWEK ini makan sehari hari nya boleh nyari dari TONG SAMPAH

hidangan sehariannya

Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.



tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran

Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.


“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.


Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.
Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.


Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.


Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya.-mymetro 
Ditulis oleh Unknown, Selasa, 07 Mei 2013 - Rating: 4.5
Judul : Kelly Athena Sosok Wanita YAng Makan Dari Beberapa Tong Sampah
Deskripsi : Kelly Athena , CEWEK ini makan sehari hari nya boleh nyari dari TONG SAMPAH hidangan sehariannya Sejak empat tahun lalu, tempat pembuan...

Bagikan ke

Facebook Google+ Twitter

Belum ada komentar untuk "Kelly Athena Sosok Wanita YAng Makan Dari Beberapa Tong Sampah"

Posting Komentar

Posting Lebih Baru
Posting Lama
Beranda
Langganan: Posting Komentar (Atom)

Join yuk

Entri Populer

  • Kumpulan Foto Nikita Willy Tercantik dan Paling Hot Baru
  • Foto Foto Ular Paling Besar , Mematikan , Beracun dan Berbahaya di Dunia
  • Inilah Keluarga Vampire Asli di DUnia NYATA saat INI!!
  • Desain Cara Membungkus kado Yang Unik , menarik dan Lucu di Dunia
  • Biodata AKB48 Terlengkap Dan Terbaru
  • Misteri Hal hal Aneh Yang terungkap Dan unik di Dunia
  • Download HosSpot Shield Terbaru + Video Tutorial Merubah DNS Google dan 3 Solusi Tepat dan Benar Untuk Mempercepat INTERNET
  • Daftar Album Maher Zain Terbaru dan Terpopuler Saat ini
  • Kumpulan Foto - Foto Terlengkap dan Terbaru Team Real Madrid
  • Harga Spesifikasi Toyota Avanza lengkap Terbaru 2013
Copyright © 2012 Ema Pos - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Powered by Blogger